أحسن القصص..
Sebaik-baik kisah..
(Nabi Ibrahim AS)


المصدر
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=4523


قال الله تعالى فى محكم الكتاب:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
{الر‌ ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾}
صدق الله العظيم [يوسف]

Firman Allah SWT dalam muhkam kitab-Nya:

بسم الله الرحمن الرحيم
{الر‌ ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾
}

Alif Laam, Raa. Ini adalah ayat-ayat kitab [Al Qur’an] yang nyata [dari Allah]. (1)Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa bacaan berbahasa Arab, agar kalian memahaminya. (2) Kami menceritakan kepada kalian kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Qur’an ini kepada kalian, dan sesungguhnya kalian sebelum [Kami mewahyukan] ini, adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. (3)

Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya
أتشرف بأن أضع أمام أعينكم ماخطه الإمام ناصر محمد اليماني بعلم القلم الصامت.

Dengan segala hormatnya aku persembahkan kepada kalian, apa yang ditulis oleh Imam Nasser Mohammed Al-Yamani dengan qalam, pena yang tenang.

...



أيّها الإمام المهديّ، ما قصة نبيّ الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام وتحكيم العقول؟

Wahai Imam Mahdi, beritahu kami kisah Nabi Ibrahim AS dan penetapan hukum keputusan akal
?


ويا أُمَّة الإسلام، والله الذي لا إله غيره إنكم لن تتبعوا الحقّ حتى تنسوا الروايات التي بين أيديكم عن أسلافكم فقد أضلّكم علماؤكم عن سواء السبيل بسبب تفسيرهم لكلام الله بالظنّ الذي لا يُغني من الحقّ شيئاً، وأعوذُ بالله أن أكون كمثل عُلمائكم الذين اتبعوا أمر الشيطان وعصوا أمر الرحمن، ولربما يزأر على المهديّ المنتظَر أحد علماء الشيعة أو السنة والجماعة وكأنه ليث غضنفر وهو مُعرض عن الذكر فيقول: "احترم نفسك يا من تزعم أنك المهديّ المنتظَر فتقول على علماء المسلمين أنهم أطاعوا أمر الشيطان وعصوا أمر الرحمن، فكيف تكون المهديّ المنتظَر وأنت تفتري علينا نحن علماء الأمَّة المرشدين للبشر في جميع الأقطار؛ بل نحن أنوارٌ على المنابر في بيوت الله لتذكير البشر". ومن ثمّ يردّ عليه المهديّ المنتظَر وأقول: فبئس الذكر ذِكركم و بئس الوعظ وعظكم وبئس العلم عِلمكم إلا قليلاً.

Wahai umat Islam, demi Allah Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kalian tidak akan mengikuti kebenaran kecuali kalian melupakan kisah-kisah yang ada pada kalian, yang kalian dapatkan dari orang-orang yang terdahulu.

Sesungguhnya para alim-ulama kalian telah menyesatkan kalian dari jalan yang lurus disebabkan oleh penafsiran mereka terhadap firman Allah dengan dzonn, yang sama sekali tidak berguna untuk menggapai kebenaran.

Aku berlindung kepada Allah dari menjadi seperti alim-ulama kalian yang telah menuruti perintah syaitan dan mengingkari Ar-Rahman, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Kemungkinan ada seseorang dari para alim-ulama Syiah atau Sunni akan datang mengaum kepada Al-Mahdi Al-Muntazhar bagaikan singa, sedang dirinya mengabaikan muhkam Al-Qur'an dan berkata:

"Hormatilah dirimu, wahai orang yang mengaku Al-Mahdi Al-Muntazhar, kerana engkau mengatakan terhadap para alim-ulama umat kaum Muslimin bahawa mereka telah mengikuti arahan syaitan dan bermaksiat kepada Ar-Rahman, Tuhan Yang Maha Pemurah, bagaimana engkau menjadi Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan memfitnah kami, sedangkan kami adalah para alim-ulama umat yang membimbing manusia di seluruh negara; Bahkan kamilah cahaya-cahaya di mimbar-mimbar dalam rumah-rumah Allah, yang memberi peringatan kepada manusia".

Oleh itu Al-Mahdi Al-Muntazhar membalasnya dan aku katakan:

Seburuk-buruknya peringatan adalah peringatan kalian sendiri, dan seburuk-buruknya dakwah adalah apa yang kalian dakwahkan, dan seburuk-buruknya pengetahuan ialah pengetahuan kalian kecuali hanya sedikit di antara kalian.


وأقسمُ بمن رفع السبع الشداد وثبت الأرض بِالأوتاد أنكم اتبعتم أمر الشيطان الذي أمركم أن تقولوا على الله ما لا تعلمون، وعصيتم أمر الرحمن الذي أمركم وحرّم عليكم أن تقولوا على الله ما لا تعلمون، فأعرضتم عن أمر الرحمن واتبعتُم أمر الشيطان وفسرتُم القرآن من ذات أنفُسِكُم بالظنّ الذي لا يُغني من الحقّ شيئاً، ولذلك اتبعتم مُتشابهه وأعرضتم عن مُحكمه الذي لا يحتاج لتأويل وهو الحقّ المُحكم من ربّكم.

Aku bersumpah kepada Allah yang meninggikan tujuh langit dan meneguhkan bumi dengan pasak-pasak, kalian telah mengikut perintah syaitan yang memerintahkan kalian agar mengatakan terhadap Allah dengan sesuatu yang kalian tidak mengetahuinya, dan kalian telah mengingkari perintah Ar-Rahman Tuhan yang Maha Pemurah, yang telah memerintahkan kalian dan melarang kalian dari mengatakan terhadap Allah mengenai sesuatu yang kalian tidak punya pengetahuan tentangnya.

Lalu kalian mengabaikan perintah Ar-Rahman Tuhan yang Maha Pemurah, dan menuruti perintah syaitan lalu kalian menafsirkan Al-Qur'an mengikuti kemahuan kalian sendiri, dengan dzonn yang mana tidak berguna sama sekali buat mengetahui kebenaran, kerana itu kalian telah mengikuti ayat-ayat mutasyabihat yang tidak jelas dari Al-Qu'ran dan kalian mengabaikan ayat-ayat muhkamat yang jelas dari Al-Qur'an, yang tidak perlu ditakwil lagi dan ianya adalah haq ayat-ayat yag jelas dari Tuhan kalian.


ولكن في قلوبكم زيغٌ عن الحقّ الأبلج في الآيات المحكمات، وأمركم الله أن تتبعوا آيات الكتاب المحكمات البيّنات لِعالمكُم و جاهِلكُم، وأما الآيات المتشابهات فلم يأمُركم الله إلا بالإيمان بها فقط فتردون علم تأويلها للذي لا يعلم بتأويل المتشابه سواه الله ربّ العالمين، ويُعلّم بِهنَّ من يشاء من عباده، فبالله عليكم ألم نحاجكم بِالآيات المحكمات ولكِنكم تذروها وراء ظهوركم ثم تحاجوني بالآيات المتشابهات ومن ثم آتيكم بتأويلها الحقّ فأخرس ألسنتكُم ومن ثم تصمتون يا معشر علماء الأمَّة الذين حاوروني كثيرٌ منكم حتى إذا وجدوا أني هيمنت عليهم بالآيات المحكمات ثم هيمنت عليهم بسلطان علم المتشابه من القرآن فإذا هم يصمتون فيقولون: فهل هذا هو المهديّ المنتظَر أم شيطانٌ أشر؟ ولا يزالون في ريبهم يترددون كمثل الكافرين حتى يرون العذاب الأليم.

Namun demikian, di dalam hati kalian terdapat kecenderungan menuruti kesesatan dibanding kebenaran yang jelas dalam ayat-ayat muhkamat, padahal Allah SWT telah memerintah kalian untuk mengikuti ayat-ayat muhkamat yang jelas bagi si alim maupun si jahil di antara kalian.

Adapun mengenai ayat-ayat mutasyabihat, maka Allah SWT tidaklah memerintahkan kalian kecuali agar kalian mengimaninya begitu sahaja, dengan menyerahkan ilmu pengetahuan takwil ayat-ayat mutasyabihat itu pada Dzat yang tiada lain lagi mengetahui takwilan bagi ayat-ayat mutasyabihat itu selain Dia, Allah Tuhan Semesta Alam, yang mengajarkan takwilannya kepada sesiapa di antara hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya.

Saya tanyakan kamu ini ( dengan nama Allah beritahu dengan jujur), tidakkah saya berhujah dengan kamu hanya menggunakan ayat-ayat muhkamat sahaja?. Tetapi kamu tinggalkannya di belakangmu lalu kamu berhujah dengan ayat mutasyabihat? Lalu kemudian saya bawakan kepada kamu penjelasan ayat mutasyabihat itu sekali dan saya tutup mulut kamu.

Namun kamu senyap berdiam diri wahai ulama-ulama umat, ramai di antara kamu yang berhiwar denganku akan tetapi, tatkala mereka dapati saya telah menguasai mereka dengan bukti ilmu pengetahuan dari ayat-ayat muhkamat, dan menguasai mereka pula dengan bukti ilmu pengetahuan dari ayat mutasyabihat dari Al-Qur'an, namun tiba-tiba mereka berdiam diri lalu setelah itu mereka mengatakan:

Adakah ini Al-Mahdi Al-Muntazar atau syaitan yang jahat
?

Mereka tetap dalam keraguan teragak-agak seperti orang yang tidak beriman sehingga mereka melihat hukuman yang memedihkan.


ولكن الحمد لله الذي جعل من أنصار المهديّ المنتظَر في ذات البشر، وهي عقولهم ، ولكنهم عصوا عقولهم التي لا تعمى، وذلك لأن سبب صمت علماء المسلمين هي أن عقولهم لا تخالف لدعوة المهديّ المنتظَر وتقول لهم إنكم أنتم الظالِمون، ولكنهم لا يوقنون بحكم عقولِهم بينهم وبين المهديّ المنتظَر كما لم يوقن قوم إبراهيم عليه الصلاة والسلام بحكم الطرف الثالث الذي حكم بين رسول الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام وبين قومه، غير أن نبيّ الله إبراهيم لم يعلم بهذا الحكم الحقّ ولكن قومه علموا بالحكم بينهم وبين إبراهيم ولكنهم لم يستجيبوا للحكم الحقّ.

Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan dalam diri manusia ada penyokong dan pendukung Al-Mahdi Al-Muntazar, iaitu akal fikiran mereka. Tetapi mereka menentang akal fikiran mereka yang tidak buta terhadap kebenaran.

Demikian itu kerana penyebab ulama-ulama umat Islam menjadi senyap berdiam diri adalah disebabkan oleh akal fikiran mereka yang tidak menolak seruan Al-Mahdi Al-Muntazar, dan berkata ( akal ) kepada mereka, kamu menganiayai diri sendiri.

Namun mereka tidak percaya hukum keputusan akal fikiran mereka, antara diri mereka dan Al-Mahdi al-Muntazar. Perkara ini sama dengan umat Nabi Ibrahim, salam ke atasnya, kaum Nabi Ibrahim yang tidak mempercayai hukum keputusan pihak ketiga, iaitu hukum keputusan antara utusan Allah Ibrahim AS dan umatnya, meskipun Nabi Ibrahim AS tidak mengetahui hukum keputusan pihak ketiga yang haq itu, namun umatnya mengetahui hukum keputusan itu antara mereka dan Ibrahim, akan tetapi, mereka tetap tidak mahu menerima hukum keputusan yang haq itu.


و لربّما يودّ أحد علماء الأمَّة أن يقاطعني فيقول ومن هم هؤلاء الحكام (العقول) الذين حكموا بين رسول الله إبراهيم وقومه؟ ثمّ يردّ عليه المهديّ المنتظَر وأقول:
{فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ}
صدق الله العظيم [الأنبياء:64]

Mungkin seorang dari ulama-ulama umat ingin mencelah saya dan berkata:

Siapakah pemerintah yang memberikan hukum keputusan itu (akal fikiran), yang memberi kata putus antara utusan Allah Ibrahim dan umatnya
?

Kemudian Al-Mahdi Al-Muntazar menjawab, aku katakan:


21-64: {.. "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."}
Maha Benar Allah


فانظر أيّها العالم من هم الذين حكموا بين رسول الله إبراهيم وقومه، وقالوا لقوم إبراهيم: {فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ} صدق الله العظيم، وسوف تجد أن هذا الحُكم الحقّ صدر من عقول قوم إبراهيم فتوى إلى أنفُسِهم حين رجعوا إلى أنفُسِهم بالتفكير، فقالت عقولهم لأنفسِهم إنكم أنتم الظالمون، وكلّ واحدٍ من قوم إبراهيم تلقى الفتوى من عقله حين جعلهم إبراهيم يتفكرون بعقولهم وقال:
{وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَ‌اهِيمَ رُ‌شْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ ﴿٥١﴾ إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَـٰذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أنتم لَهَا عَاكِفُونَ ﴿٥٢﴾ قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءَنَا لَهَا عَابِدِينَ ﴿٥٣﴾ قَالَ لَقَدْ كُنتُمْ أنتم وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلَالٍ مبين ﴿٥٤﴾ قَالُوا أَجِئْتَنَا بالحقّ أَمْ أَنتَ مِنَ اللَّاعِبِينَ ﴿٥٥﴾ قَالَ بَل ربّكم رَ‌بُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرض الَّذِي فَطَرَ‌هُنَّ وَأَنَا عَلَىٰ ذَٰلِكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ ﴿٥٦﴾ وَتَاللَّـهِ لَأَكِيدَنَّ أَصْنَامَكُم بَعْدَ أَن تُوَلُّوا مُدْبِرِ‌ينَ ﴿٥٧﴾فَجَعَلَهُمْ جُذَاذًا إِلَّا كَبِيرً‌ا لَّهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ يَرْ‌جِعُونَ ﴿٥٨﴾ قَالُوا مَن فَعَلَ هَـٰذَا بِآلِهَتِنَا إنّه لَمِنَ الظَّالِمِينَ ﴿٥٩﴾ قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُ‌هُمْ يُقَالُ له إِبْرَ‌اهِيمُ ﴿٦٠﴾ قَالُوا فَأْتُوا بِهِ عَلَىٰ أَعْيُنِ النّاس لَعَلَّهُمْ يَشْهَدُونَ ﴿٦١﴾ قَالُوا أَأَنتَ فَعَلْتَ هَـٰذَا بِآلِهَتِنَا يَا إِبْرَ‌اهِيمُ ﴿٦٢﴾ قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُ‌هُمْ هَـٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ إِن كَانُوا يَنطِقُونَ ﴿٦٣﴾ فَرَ‌جَعُوا إِلَىٰ أَنفُسِهِمْ فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ ﴿٦٤﴾ ثُمَّ نُكِسُوا عَلَىٰ رُ‌ءُوسِهِمْ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا هَـٰؤُلَاءِ يَنطِقُونَ ﴿٦٥﴾ قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ مَا لَا يَنفَعُكُمْ شَيْئًا وَلَا يَضُرُّ‌كُمْ ﴿٦٦﴾ أُفٍّ لَّكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿٦٧﴾}
صدق الله العظيم [الأنبياء]

Jadi perhatikan wahai ulama, siapakah yang sebenarnya memberi kata putus antara utusan Allah Ibrahim AS dan umatnya, dengan berkata kepada umat Ibrahim:

21-64: {.. "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]

Kamu akan dapati bahawa hukum keputusan ini datang dari akal fikiran umat Nabi Ibrahim, pemikiran mereka memberi fatwa kepada diri mereka sendiri ketika mereka kembali kepada diri sendiri dengan berfikir, akal mereka berkata kepada diri mereka sendiri bahawa kamu menganiaya diri kamu sendiri.

Setiap umat Ibrahim menerima fatwa itu dari akal mereka tatkala Nabi Ibrahim membuatkan mereka gunakan akal fikiran, firman Allah Ta'ala:

21-51: Dan sesungguhnya Kami (Allah) anugerahkan kepada Ibrahim hidayah petunjuk sebelumnya (kedatangan Musa dan Harun), dan Kami (Allah) mengetahui (keadaan)nya.

21-52: (Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun memujanya?"

21-53: Mereka menjawab: "Kami mendapati bapa-bapa kami memujanya".

21-54: (Ibrahim) berkata: "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata".

21-55: Mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh atau kamu termasuk orang yang hanya bermain-main?"

21-56: (Ibrahim) berkata: "Sebenarnya Rab (Tuhan) kamu ialah Rab (Tuhan) bagi langit dan bumi, yang menciptakan semuanya itu; dan aku termasuk orang yang mempersaksikan atas yang demikian itu."

21-57: Dan demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhala kamu itu, sesudah kamu berpaling (meninggalkannya).”

21-58: Maka dia (Ibrahim) menjadikan mereka (berhala-berhala itu) hancur terpotong-potong, kecuali yang besar daripada patung-patung itu; agar mereka kembali kepadanya.

21-59: Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim".

21-60: Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela mereka (berhala-berhala ini), namanya Ibrahim".

21-61: Mereka berkata: " Bawalah dia (Ibrahim) ke hadapan orang ramai, agar mereka menyaksikan".

21-62: Mereka bertanya: "Apakah kamu, yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"

21-63: Dia (Ibrahim) menjawab: "Sebenarnya berhala yang besar itulah melakukannya, maka tanyakanlah kepada mereka (berhala-berhala itu), jika mereka dapat berbicara".

21-64: Maka mereka kembali kepada diri mereka sendiri, lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."

21-65: Kemudian kepala mereka tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara".

21-66: Dia (Ibrahim) berkata: "Maka mengapakah kamu mempertuhankan selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak (pula) memberi mudarat kepada kamu?"

21-67: “Uf (celakalah) kamu dan apa yang kamu pertuhankan selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?

Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]


فانظروا لقول الله تعالى {فَرَجَعُوا إِلَى أَنفُسِهِمْ فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ} صدق الله العظيم، أي أنهم رجعوا إلى أنفُسِهم بالتفكير ثم جاءتهم الفتوى من عقولهم إلى أنفُسِهمْ {فَرَجَعُوا إِلَى أَنفُسِهِمْ فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ} صدق الله العظيم.
وذلك لأن الأبصار هي حقاً لا تعمى عن الحقّ ولكن ليس لها سلطان على الإنسان، ولكنها مستشارٌ أمينٌ لا يخون صاحبه ولا ربّه أبداً. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَإِنَّهَا لاَ تَعْمَى الأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ}
صدق الله العظيم [الحج:46]

Maka perhatikan ayat-ayat Allah Maha Besar { 21-64: Maka mereka kembali kepada diri mereka sendiri, lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."

Iaitu, mereka kembali berfikir dan kemudian datang fatwa akal mereka kepada diri mereka sendiri { 21-64:Maka mereka kembali kepada diri mereka sendiri, lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."
Maha Benar Allah

Ini adalah kerana penglihatan ( akal ) sebenarnya tidak buta kepada kebenaran, tetapi ianya tidak mempunyai kuasa ke atas manusia, ianya hanyalah penasihat yang ikhlas, yang tidak akan mengkhianati tuannya, juga tidak mengkhianati Allah sama sekali.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

22-46: {..Maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang dalam dada. }
Maha Benar Allah


فانظروا إلى عقول قوم إبراهيم المجرمين فهل عميت عقولهِم عن الحقّ؟ كلا وربي، إنها أفتتهم أنهم هم الظّالِمُونَ والحقّ مع رسول الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام. تصديقاً لقول الله تعالى {فَرَجَعُوا إِلَى أَنفُسِهِمْ فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ} صدق الله العظيم. فَمِنهُم الذين قالوا: {إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ} ألا وإنها عقول قوم إبراهيم حين رجعوا إلى أنفُسِهمْ بالتفكير برهةً في شأن الأصنام فأفتتهُم عقولهم بالحقّ، ولكنهم لم يتبعوا عقولهم بسبب عدم يقينهم بفتوى عقولهم وقالوا إن آباءهم هم أعلم وأحكم فنحن على آثارهم مهتدون، فلم يتبعوا فتوى عقولهم كما لم يتبع كثيرٌ من المسلمين ممن أظهرهم الله على بيانات ناصر محمد اليماني فرضخت عقولهم ولكنهم رفضوا فتوى عقولهم وقالوا: "أرجلٌ واحد منا نتبعه ونذر كثيراً من الأئمة وعلماء الأمَّة هيهات هيهات؟". ألا لعنة الله على من أعرض عن كتاب الله بعدما تبين له الحقّ من ربّه، فانظروا لقول نبيّ الله إبراهيم لقومه:
{فَرَ‌جَعُوا إِلَىٰ أَنفُسِهِمْ فَقَالُوا إِنَّكُمْ أنتم الظَّالِمُونَ ﴿٦٤﴾ ثُمَّ نُكِسُوا عَلَىٰ رُ‌ءُوسِهِمْ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا هَـٰؤُلَاءِ يَنطِقُونَ ﴿٦٥﴾ قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ مَا لَا يَنفَعُكُمْ شَيْئًا وَلَا يَضُرُّ‌كُمْ ﴿٦٦﴾ أُفٍّ لَّكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴿٦٧﴾}
صدق الله العظيم [الأنبياء]

Perhatikan pemikiran kaum yang berdosa umat Nabi Ibrahim, adakah akal menjadi buta kepada kebenaran? Tidak, saya bersumpah kepada Allah, ia memberi mereka fatwa bahawa mereka telah menganiaya diri sendiri, dan utusan Allah Nabi Ibrahim AS itu adalah benar, salam ke atasnya.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

{ 21-64: Maka mereka kembali kepada diri mereka sendiri, lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."
Maha Benar Allah

Di antara mereka yang berkata: { Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."} Ketahuilah bahawasanya yang berkata itu adalah akal fikiran umat Ibrahim ketika mereka kembali kepada diri sendiri untuk berfikir sejenak berkaitan berhala-berhala.

Akal fikiran mereka memberikan fatwa yang benar, tetapi mereka tidak mengikut akal fikiran mereka kerana mereka tidak yakin cadangan penasihat akal mereka itu, mereka berkata:

Nenek moyang lebih mengetahui, lebih maklum dan bijaksana, dan kami ini mengikut jejak langkah mereka

Mereka ini tidak mahu mengikut fatwa akal fikiran mereka, samalah seperti kebanyakan umat Islam yang telah ditunjukkan oleh Allah keterangan-keterangan Naser Mohammed Al-Yamani.

Akal fikiran mereka telah menyerah padanya, tetapi mereka menolak fatwa dari akal fikiran mereka itu dan berkata:

Patutkah kami mengikuti seorang dari kita dan meninggalkan ramai ulama-ulama bangsa dan imam-imam, tidak mungkin
?".

Semoga sumpah dari Allah ke atas mereka yang menolak Kitab Allah setelah ianya menjadi jelas pada mereka, bahawa ianya adalah kebenaran dari Allah.

Perhatikan ucapan Nabi Ibrahim AS pada umatnya:

21-64: Maka mereka kembali kepada diri mereka sendiri, lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang yang menganiaya (diri sendiri)."

21-65: Kemudian kepala mereka tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara".

21-66: Dia (Ibrahim) berkata: "Maka mengapakah kamu mempertuhankan selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak (pula) memberi mudarat kepada kamu?"

21-67: “Uf (celakalah) kamu dan apa yang kamu pertuhankan selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami
?

Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]


وقوله {أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴿٦٧﴾} صدق الله العظيم ، وكذلك المهديّ المنتظَر يقول: ذروا ما وجدتم عليه أسلافكم واتبعوني أهدكم صراطاً مستقيماً وإياكم أن تتبعوني في شيء يخالف للعقل والمنطق فترفضه عقولكم، وهيهات هيهات فهل حجّة الله عليكم إلا العقل والمنطق {أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴿٦٧﴾} صدق الله العظيم.

Dan firman Allah Apakah kamu tidak memahami? Maha Benar Allah, begitu juga Imam Mahdi mengatakan:

Tinggalkanlah olehmu akan apa-apa yang kamu dapatkan dari orang-orang terdahulu dan ikutilah aku, supaya aku tunjukkan kamu Jalan Yang Lurus.

Janganlah kamu mengikutiku pada perkara yang bertentangan dengan akal fikiran dan logik, yang tentunya akan ditolak oleh akal fikiran, jauh, jauh sekali, bukankah hujjah Allah ke atas kamu itu adalah akal fikiran dan logik, jadi mengapa kamu tidak menggunakan akal fikiran,
apakah kamu tidak memahami?
Maha Benar Allah


ألقى الشيطان فى أمنيتــــه..
قصة أبو الأنبياء إبراهيم عليه الصلاة والتسليم.

Syaitan memasukkan godaan-godaannya ke dalam keinginan Nabi..
Kisah Nabi Ibrahim AS, Bapa Para Nabi.



ألقى الشيطان فى أمنية رسول الله إبراهيم - عليه الصلاة والسلام وآله - الباحثِ عن الحقّ الذي لم يقتنع بعبادة الأصنام ويرى أنهم لا ينفعون ولا يضرون، ومن ثم تفكر في خلق السموات والأرض وقال الله تعالى:
{وَإِذْ قَالَ إِبْرَ‌اهِيمُ لِأَبِيهِ آزَرَ‌ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آلِهَةً إِنِّي أَرَ‌اكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلَالٍ مبين ﴿٧٤﴾ وَكَذَٰلِكَ نُرِ‌ي إِبْرَ‌اهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأرض وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ ﴿٧٥﴾ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَ‌أَىٰ كَوْكَبًا قَالَ هَـٰذَا ربّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ ﴿٧٦﴾ فَلَمَّا رَ‌أَى الْقَمَرَ‌ بَازِغًا قَالَ هَـٰذَا ربّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي ربّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ﴿٧٧﴾ فَلَمَّا رَ‌أَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا ربّي هَـٰذَا أَكْبَرُ‌ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِ‌يءٌ مِّمَّا تُشْرِ‌كُونَ ﴿٧٨﴾}
[الأنعام]

Syaitan telah menganggu keinginan utusan Allah Nabi Ibrahim AS, salam keatasnya dan keluarganya - yang mencari kebenaran, yang tidak terpengaruh untuk menyembah berhala-berhala, mengetahui yang berhala-berhala ini tidak melihat, tidak boleh melakukan perkara baik dan juga perkara jahat, dan kemudian dia berfikir berkaitan penciptaan langit dan bumi.

Allah Ta'ala berfirman:

[6:74] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".

[6:75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

[6:76] Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

[6:77] Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

[6:78] Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

[Al-An'aam]


ويا معشر أولي الألباب الذين يتدبرون الكتاب، تدبروا قول إبراهيم
{قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي ربّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ﴿٧٧﴾} صدق الله العظيم، وذلك هو التمني لاتباع الحقّ ولا يريد غير الحقّ وهذا هو البيان لشطر من الآية في قوله تعالى:
{وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِيٍّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّى}
صدق الله العظيم [الحج:52]

ومن ثم يهديه الله الحقّ إلى الحقّ. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا}
صدق الله العظيم [العنكبوت:69]

Wahai manusia yang berfikir dan bertadabbur, dengan memikirkan dan merenungkan Kitabullah, fikirkan apa yang Ibrahim kata:
{ "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat ".} Demikian inilah permintaan pemikiran ( keinginan ) untuk mengikut kebenaran, hanya kebenaran sahaja. Dan inilah penjelasan keterangan untuk bagian ayat ini pada firman Allah Ta'ala:

22-52: Dan Kami (Allah) tidak mengutuskan seorang rasul dan tidak seorang nabi sebelum engkau, melainkan apabila dia (rasul itu) mempunyai sesuatu keinginan..}
Maha Benar Allah
[Al-Hajj]

Dan kemudian Allah Yang Benar membimbing Nabi Ibrahim kepada kebenaran.

Dibenarkan oleh firman Allah Ta' ala:

29-69: Dan orang yang berjihad untuk Kami (Allah), benar-benar Kami (Allah) akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Allah). ..}
Maha Benar Allah
[Al-'Ankabuut]


ومن ثم نأتي لبيان قوله تعالى {أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ} ، وذلك يأتي من بعد أن يهديه الله إلى الحقّ ويستخلصه لنفسه ويبعثه إلى النّاس رسولاً حتى إذا علم الله أن نبيّه صار يعتقد في نفسه أنه لا ولن يشك في الحقّ الذي علمه الله به أبداً ونسي أن قلبه بيد ربّه يصرفه كيف يشاء ونسي أن الله يحول بين المرء وقلبه وأراد الله أن يُعلمهم درساً في العقيدة في علم الهدى فمن ثم يُلقي الشيطان في نفسه شكاً في الحقّ الذي قد صار يدعو النّاس إليه، ومن ثم يُحكم الله له آياته فيبيّنها له فيعلم أنه على الحقّ المبين ويطهِّر الله قلبه من الشكّ تطهيراً.

Kami sampai kepada penjelasan untuk firman Allah Ta'ala: { dan syaitan menganggu keinginan Nabi Ibrahim }, yang datang selepas Allah membimbing Nabi Ibrahim kepada kebenaran, setelah Allah memilihnya untuk dirinya sendiri dan mengutuskannya kepada manusia sebagai utusan.

Sehinggalah tatkala Allah mengetahui yang NabiNya telah mempercayai dalam dirinya sendiri, bahawa dia tidak akan meragui kebenaran yang Allah ajarkan padanya selama-lamanya, dan Nabi Ibrahim lupa bahawa hatinya berada dalam genggaman kekuasaan Tuhannya, yang akan memalingkan hati hamba-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan Dia membatasi antara seorang dan hatinya, maka Allah mahu mengajarkan kepada manusia mengenai kepercayaan dalam petunjuk ilmu keimanan.

Kemudian syaitan memasukkan ke dalam diri Ibrahim keragu-raguan, terhadap kebenaran yang telah Ibrahim serukan kepada manusia agar mengikutinya, lalu Allah menjadikan tandanya jelas bagi Nabi Ibrahim dengan mengajarnya tanda itu, supaya Nabi Ibrahim tahu yang dia berada di jalan yang benar, dan Allah bersihkan keragu-raguan di hatinya.


ونأتي الآن للبيان لقول الله تعالى: {أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ} صدق الله العظيم، أي ألقى الشيطان في أمنيته شكاً من بعد أن تحققت أمنيته وهداه الله إلى الحقّ.

فنعود لقصة رسول الله إبراهيم هل حدث له هذا من بعد أن اجتهد اجتهاداً فكرياً وبحث عن الحقّ وهداه الله إليه واستخلصه لنفسه وجعله للناس إماماً ورسول الله إليهم وصار يدعوهم إلى الحقّ ومن ثم ألقى الشيطان في أمنيته الشكّ ومن ثم حكم الله له آياته وطهر قلبه مما ألقاه الشيطان. وقال الله تعالى:
{وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ}
[البقرة:260]

Kami datangkan penjelasan bagi firman Allah Ta'ala: { dan syaitan menganggu keinginan Nabi Ibrahim } Maha Benar Allah, bermaksud syaitan memainkan permintaan Nabi Ibrahim dengan mencampakkan keraguan di dalamnya setelah permintaannya menjadi kenyataan, dan Allah membimbing Nabi Ibrahim kepada kebenaran.

Kita kembali kepada cerita Nabi Ibrahim Rasululllah, adakah ini berlaku selepas dia berfikir dan mencari kebenaran, lalu Allah membimbingnya kepada kebenaran itu dan mengambilnya untuk DiriNya sendiri, dengan menjadikan dia sebagai imam manusia dan utusan Allah, dan Ibrahim telah menyeru mereka kepada kebenaran, lalu setelah itu, syaitan mencampakkan ke dalam keinginannya kecurigaan ( was-was) dan kemudian Allah jelaskan tanda-tandaNya kepada Nabi Ibrahim dan membersihkan hatinya daripada godaan yang dimasukkan oleh syaitan.

Allah Ta' ala berfirman:

2-260: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Rabbi (wahai Tuhanku)! Perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau (Allah) menghidupkan orang yang sudah mati.” Dia (Allah) berfirman: “Adakah engkau tidak percaya?” Dia (Ibrahim) menjawab: “Bahkan daku percaya, tetapi bagi menetapkan hatiku.” Dia (Allah) berfirman: “Ambillah empat ekor burung dan jinakkanlah ia kepada dirimu, kemudian letakkanlah di atas tiap-tiap bukit, kemudian engkau panggillah, nescaya mereka (burung-burung itu) akan datang kepada engkau dengan serta-merta.” Dan ketahuilah Allah adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]

...


كون الذين يجتبيهم الله إليه فيصطفيهم ويهدي قلوبهم فالسبب هو من عند أنفسهم وليس من عند آبائهم كمثل رسول الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام لم يكن السبب من عند أبيه كون أبيه ليس من الذين قال الله عنهم: {وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا} صدق الله العظيم، بل كان آزر أبا إبراهيم من الضالين عن الصراط المستقيم من الذين يتبعون آباءهم الاتّباع الأعمى من غير تفكرٍ ولا تدبرٍ، ولكن إبراهيم المتفكر والمتدبر لم يقتنع بما وجد عليه أبيه وقومه وتفكّر وبحث عن الحقّ فاجتباه الله إليه وهداه وجعله من المرسلين. وقال الله:

{وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَ‌اهِيمَ رُ‌شْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ ﴿
٥١﴾ إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَـٰذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أَنتُمْ لَهَا عَاكِفُونَ ﴿٥٢﴾ قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءَنَا لَهَا عَابِدِينَ ﴿٥٣﴾ قَالَ لَقَدْ كُنتُمْ أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٥٤﴾}
صدق الله العظيم [الأنبياء]

Ini kerana orang-orang yang Allah tarik mereka kepada agama-Nya itu, mereka adalah pilihan Allah dan Allah menunjuki hati mereka, dan penyebabnya itu datang dari diri mereka sendiri, bukan dari nenek moyang mereka, seperti Rasulullah Ibrahim AS, penyebab itu bukan dari bapanya, bukan dari orang-orang yang Allah firmankan mengenai mereka:

Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati [kami], dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (74)
Maha Benar Allah

Akan tetapi Azar adalah bapa Ibrahim dan dia termasuk kalangan orang-orang yang tersesat dari jalan yang lurus, dari kalangan orang-orang yang mengikuti nenek moyang mereka secara membuta tuli tanpa pemikiran dan perenungan.

Namun Ibrahim yang berfikir dan merenung, berasa tidak berpuas hati dengan ajaran yang dianuti oleh bapanya dan kaumnya, lalu dia bertafakkur buat memikirkan dan mencari kebenaran, maka Allah menarik Ibrahim kepada agama yang benar, Allah memilihnya dan memberikan petunjuk kepadanya, Allah menjadikan Ibrahim termasuk kalangan para rasul utusan Allah.

Allah Ta'ala berfirman:

Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum [Musa dan Harun], dan adalah Kami mengetahui [keadaan] nya. (51)

[Ingatlah], ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?" (52)

Mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya". (53)

Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata". (54)

Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]


فانظروا إلى آزر والد نبي الله إبراهيم من الذين يتبعون آباءهم الاتّباع الأعمى من غير تفكرٍ بالعقل والمنطق ولذلك كان رد أبيه وقومه: {إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أَنتُمْ لَهَا عَاكِفُونَ (52)قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءنَا لَهَا عَابِدِينَ(53)} صدق الله العظيم، وما أشبه اليوم بالبارحة فكثيرٌ هم الذين ضلّوا عن الصراط المستقيم بسبب الاتباع الأعمى للذين من قبلهم بحجة أنهم السلف الصالح فلا تجدونهم يستخدمون عقولهم شيئاً، فضلُّوا أنفسهم وأَضَلّوا أمتهم، ولا نطعن في السلف من الصالحين وإنما نطعن في افتراء الشياطين عن أسلافهم كذباً وزوراً. وحتى لا نخرج عن الموضوع نعود إلى الذين اجتباهم الله بسببٍ من عند أنفسهم وهم الذين جاهدوا بالبحث عن معرفة الطريق الحقّ إلى ربّهم فاجتباهم ربّهم وتقبلهم وهداهم إلى صراط العزيز الحميد، ومن الذين اجتباه الله وهداه واصطفاه بسببٍ من عند نفسه نبي الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (120) شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ(121)}
صدق الله العظيم [النحل]

Lihatlah oleh kalian akan Azar bapa Ibrahim, dia dari kalangan orang-orang yang mengikuti nenek moyang mereka secara membuta tuli tanpa memikirkan dengan akal fikiran dan logik, kerana itu Ibrahim mengatakan kepada bapanya dan kaumnya:

[Ingatlah], ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?" (52)

Mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya". (53)

Maha Benar Allah

Betapa serupanya keadaan hari ini dengan semalam, kerana banyak orang-orang yang tersesat dari jalan yang lurus, disebabkan mereka mengikuti secara membuta tuli terhadap orang-orang sebelum mereka, semata-mata dengan alasan mereka bahawa orang-orang yang mereka ikuti itu adalah para salaf yang sholeh, sebab itu kalian tidak akan mendapati mereka itu menggunakan akal fikiran mereka sedikitpun, maka mereka tersesat dan menyesatkan umat mereka.

Kami tidak mencemarkan nama baik para salaf sholeh, sesungguhnya kami hanya mempermasalahkan rekayasa yang diada-adakan dengan kebohongan dan kedustaan
dari para salaf itu oleh syaitan-syaitan .

Supaya kita tidak keluar dari tajuk, kami kembali menjelaskan orang-orang pilihan Allah dengan sebab dari diri mereka sendiri, sedang mereka itu adalah orang-orang yang berjuang sungguh-sungguh untuk mencari ilmu pengetahuan makrifat akan jalan yang benar menuju Tuhan mereka, lalu Tuhan mereka memilih mereka dan mengubah mereka, dan Allah menunjukkan kepada mereka akan jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Dan di antara orang-orang yang Allah pilih mereka dan anugerahi mereka petunjuk dengan penyebab dari diri mereka sendiri adalah Nabi Allah Ibrahim AS.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan [Tuhan], (120)

[lagi] yang mensyukuri ni’mat-ni’mat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. (121)

Maha Benar Allah
[An-Nahl]


والسؤال الذي يطرح نفسه أليس سبب الاجتباء والهدى كان من عند إبراهيم حتى اجتباه الله وهداه إلى الصراط المستقيم؟ والجواب تجدوه في محكم الكتاب أنّ السبب كان من عند إبراهيم؛ أناب إلى ربّه ليهدي قلبه إلى الحقّ؛ بل كان متألماً قلبُه من قبل الهدى كونه يريد أن يتبع الحقّ الذي لا شك ولا ريب فيه، ولذلك قال إبراهيم المنيب:
{ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ }
صدق الله العظيم [الأنعام:77]

Pertanyaan yang muncul, bukankah penyebab dari pemilihan dan hidayah petunjuk itu adalah dari Ibrahim, hingga dia dipilih oleh Allah dan diberi hidayah petunjuk oleh-Nya ke jalan yang lurus
?

Jawabannya kalian temukan dalam muhkam Al-Qur'an, bahawa penyebabnya adalah dari Ibrahim; Dia kembali bertaubat kepada Tuhannya agar Tuhannya menuntunnya kepada kebenaran; bahkan hati Ibrahim merasa terseksa dan sengsara sebelum dia mendapatkan hidayah, kerana dia mahu mengikuti kebenaran yang tiada syak dan ragu lagi padanya, sebab itulah Ibrahim yang kembali kepada Tuhannya mengatakan:

"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat"
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]



ولذلك اجتباه الله وهدى قلبه إلى الصراط المستقيم فقال:

{ إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ‌ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿
٧٩﴾ }
صدق الله العظيم [الأنعام]

Sebab itulah Allah memilihnya dan menunjuki hatinya untuk menuju jalan yang lurus, maka Ibrahim mengatakan:

Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar (hanifan), dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. (79)
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]



وهداه الله إليه بسبب وعده بالحق في محكم كتابه
ليهدي قلوب الباحثين عن الحق إلى الصراط المستقيم شرط تألم القلب والحسرة لو لم يكن على الصراط المستقيم كمثل قول نبي الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام:
{ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ }
صدق الله العظيم [الأنعام:77]

Maka Allah menunjuki Ibrahim dengan sebab janji-Nya yang hak dalam muhkam Kitab-Nya,
bahawa Allah pasti akan tuntun hati para pencari kebenaran untuk menuju ke jalan yang lurus, dengan syarat hati mereka merasa terseksa dan sengsara, merasa sedih dan kesal seandainya diri mereka tidak berada di jalan yang lurus, sebagaimana sabda Nabi Allah Ibrahim AS:

"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat"
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


فتجدون التألم يملأ قلب إبراهيم عليه الصلاة والسلام كونه لا يريد أن يكون من الضالين أصحاب الاتّباع الأعمى بل يريد أن يتبع الحقّ من ربّه ولذلك هداه الحقُّ إلى الحقِّ إنه سميع مجيب. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ }
صدق الله العظيم [العنكبوت:69]

Kalian temukan kesengsaraan melanda hati Ibrahim AS, kerana dia tidak mahu termasuk kalangan yang sesat, kalangan orang-orang yang mengikuti secara membuta tuli.

Namun Ibrahim AS ingin untuk mengikuti kebenaran dari Tuhannya, maka Allah Yang Maha Benar menuntun Ibrahim kepada kebenaran, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Maha Benar Allah
[Al-'Ankabut]


...



بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدي محمد رسول الله وآله الأطهار، وجميع أنصار الله في الأولين وفي الآخرين إلى يوم الدين، أما بعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas datukku Muhammad Rasulullah dan keluarganya yang suci, dan ke atas seluruh penyokong-penyokong Allah dari yang awal hingga yang akhir sehingga Hari Penghakiman, selanjutnya..


ويا أحبتي الباحثين عن الحقّ، حقيق لا يفتيكم المهديّ المنتظَر إلا بالحقّ من محكم الذكر، فأمّا تسمية الكواكب فيطلق بشكل عام على الكواكب المضيئة والمنيرة فجميعها كواكب سواء يكون الكوكب سراجاً وهاجاً أو كوكباً منيراً كالقمر. تصديقاً لقول الله تعالى:

{تَبَارَ‌كَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُ‌وجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَ‌اجًا وَقَمَرً‌ا مُّنِيرً‌ا ﴿
٦١﴾ وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ‌ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَ‌ادَ أَن يَذَّكَّرَ‌ أَوْ أَرَ‌ادَ شُكُورً‌ا﴿٦٢﴾}
صدق الله العظيم [الفرقان]

Wahai umatku yang dikasihi para pencari kebenaran, Al-Mahdi Al-Muntazar tidak akan memberi kamu fatwa kecuali fatwa dari ayat muhkam Al-Quran. Adapun untuk penamaan Al-Kawakib (objek-objek langit, bentuk tunggalnya Al-Kaukab) maka ianya adalah perkataan umum yang digunakan untuk objek-objek langit yang terang dan yang memberi cahaya, kesemua mereka adalah Al-Kawakib, samada ianya adalah objek langit bagai lampu menyilau (seperti matahari) atau objek langit yang bersinar seperti bulan.

Dibenarkan oleh firman Allah Ta'ala:

Maha Suci Allah yang menjadikan buruj (gugusan-gugusan bintang) di langit, dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. (61)

Dan Dia (Allah) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil peringatan atau orang yang ingin bersyukur.
Maha Benar Allah
[Al-Furqan]



وأجد في كتاب الله أن اسم الكواكب يطلق بشكل عام على الكواكب المضيئة والمنيرة ألم يقل الله تعالى:
{إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ ﴿٦﴾ وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِ‌دٍ ﴿٧﴾ لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ ﴿٨﴾ دُحُورً‌ا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ﴿٩﴾}
صدق الله العظيم [الصافات]

Dan saya dapati di dalam kitab Allah Al-Quran, nama kawaakib adalah nama umum untuk objek-objek langit yang terang dan yang bersinar, bukankah Allah Ta'ala berfirman:

37-6: Sesungguhnya Kami (Allah) menghiasi langit dunia (yang terendah) dengan perhiasan dari kawaakib (iaitu) bintang-bintang.

37-7: Dan memeliharanya daripada setiap syaitan yang derhaka.

37-8: (Supaya) mereka (syaitan-syaitan itu) tidak dapat mendengar-dengarkan golongan tertinggi, dan mereka dilempari dari segenap penjuru.

37-9: (Mereka) terusir, dan bagi mereka azab yang berpanjangan.

Maha Benar Allah
[Ash-Shaaffaat]



فماهي الكواكب المقصودة في هذه الآية؟ وتجدون الجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى:
{وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ}
صدق الله العظيم [الملك:5]

Jadi apakah kawaakib yang disebut dalam ayat ini? Dan kamu akan dapati jawaban dalam muhkam Kitabullah pada firman Allah Ta'ala:

67-5: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menghiasi langit dunia (yang dekat) dengan kawaakib (bintang-bintang) dan Kami (Allah) jadikannya pelempar syaitan, dan Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang menyala-nyala.
Maha Benar Allah
[Al-Mulk]


وكذلك أجد في الكتاب أن الله يُطلق اسم النّجوم على الكواكب بشكل عام المضيئة والمنيرة، فما هي النّجوم التي نظر إليها إبراهيم عليه الصلاة والسلام بنظرة المتدبر والمتفكر حين جنَّ عليه الليل؟ وتجدون الجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى:

{فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَ‌أَىٰ كَوْكَبًا قَالَ هَـٰذَا ربّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ ﴿
٧٦﴾ فَلَمَّا رَ‌أَى الْقَمَرَ‌ بَازِغًا قَالَ هَـٰذَا ربّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي ربّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ﴿٧٧﴾ فَلَمَّا رَ‌أَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا ربّي هَـٰذَا أَكْبَرُ‌ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِ‌يءٌ مِّمَّا تُشْرِ‌كُونَ﴿٧٨﴾}
صدق الله العظيم [الأنعام]

Demikian juga ditemukan dalam Kitabullah bahawa Allah memanggil bintang-bintang dengan kawaakib secara umum untuk kaukab yang bersinar, dan kaukab yang bercahaya.

Jadi, apakah bintang yang dilihat oleh Nabi Ibrahim AS dengan pandangan orang yang merenungkan dan memikirkan ketika dia berada pada waktu malam yang gelap
?

Maka kita dapati jawapan pada muhkam Al-Quran dalam firman Allah Ta'ala:

[6:76] Maka ketika Ibrahim berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

[6:77] Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

[6:78] Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


كون نبيّ الله إبراهيم نظر إلى الكواكب المضيئة والمنيرة بشكل عام، فشاهد أحد الأراضين السبع من بعد أرضنا. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَكَذَٰلِكَ نُرِ‌ي إِبْرَ‌اهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأرض وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ ﴿٧٥﴾ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَ‌أَىٰ كَوْكَبًا قَالَ هَـٰذَا ربّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ﴿٧٦﴾}
صدق الله العظيم [الأنعام]

Ini kerana Nabi Allah Ibrahim AS melihat kawaakib secara umum, objek-objek langit bintang-bintang yang terang dan yang bercahaya, maka dia menyaksikan satu dari bumi-bumi yang tujuh di atas bumi kita
(Marikh).

Benarlah firman Allah Ta'ala:

[6:75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh keyakinan.

[6:76] Maka ketika Ibrahim berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


إذاً الكوكب الذي شاهده هو أحد ملكوت الأرض، وهو كوكب أحد الأراضين السبع من بعد أرضنا الأم، كون الأراضين السبع هي كواكبٌ معلقةٌ في الفضاء من بعد أرضنا. لذلك قال الله تعالى:
{وَكَذَٰلِكَ نُرِ‌ي إِبْرَ‌اهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ} صدق الله العظيم


Jika demikian, kaukab yang dilihat oleh Nabi Ibrahim AS adalah salah satu dari kerajaan bumi, sebuah planet dari tujuh planet selepas induk bumi kita ini, kerana ketujuh planet itu adalah kaukab yang bergantungan di angkasa selepas bumi kita.

Kerana itu Allah Ta'ala berfirman:

{ [6:75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi,...}
Maha Benar Allah.


إذاً الكوكب الذي شاهده خليل الله إبراهيم عليه الصلاة والسلام هو أحد ملكوت الأرض السبعة، شاهده عند الغروب في ميقات المغرب، فلما أفل وغاب قال
{لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ}، ومن ثم نظر إلى القمر بازغاً بالشرق وكانت ليلة النّصف من الشهر ليلة التفكر والتدبر في ملكوت السماوات والأرض، ومن ثم تفكر في القمر وقال: "بل سوف اتخذه إلهي كونه أكبر من ذلك الكوكب الذي أفل قبل قليل"، واستمر إبراهيم عليه الصلاة والسلام طيلة تلك الليلة ليلة النّصف من الشهر وهو ينظر إلى القمر البدر، وهو كان على فراشه بالعراء المكشوف وساهر المنام من استمرار التفكر بحثاً عن الحقّ، حتى إذا غرب القمر عن ناظريه عند ميقات نداء صلاة الفجر ولم يطمئن قلبه لعبادة القمر ومن ثم أصابه السقم النّفسي كونه لم يطمئن قلبه لعبادة الكواكب وهو يريد أن يعبد الحقّ، وبما أنه يريد من ربّه أن يهديه إلى الحقّ بعد أن أصابة السقم النّفسي وهو يبحث عن الحقّ وكان ينظر إلى القمر البدر طيلة الليلة حتى الفجر، فلما أفل وغرب عن ناظريه عند صلاة الفجر وهو لم يتوصل إلى الحقيقة بعد، ولذلك قال:
{لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي ربّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ}
صدق الله العظيم [الأنعام:77]

Jadi, Al-Kaukab yang dilihat oleh Nabi Allah Ibrahim AS adalah satu dari kerajaan bumi, yakni satu dari tujuh bumi (planet), yang Nabi Ibrahim lihat di waktu matahari terbenam pada waktu Maghrib, yang bilamana ia telah terbenam dan menghilang Nabi Ibrahim berkata:

{ "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang }

Dan kemudian Nabi Ibrahim melihat bulan terbit dari sebelah timur, dan adalah malam itu merupakan malam pertengahan bulan, malam bertafakkur dan bertadabbur mengenai kerajaan langit dan bumi, lalu kemudian Nabi Ibrahim berfikir mengenai bulan dan berkata: "Aku akan mengambil ia sebagai tuhan kerana ia lebih besar dari kaukab itu, yang baru terbenam sebentar tadi," lantas Nabi Ibrahim AS terus berjaga sepanjang malam itu.

Dan malam itu adalah malam pertengahan bulan sedang dia melihat bulan penuh, sambil berbaring di tempat pembaringannya diluar di kawasan terbuka, Nabi Ibrahim tidak tidur kerana berterusan mencari kebenaran dengan memikirkan sehingga bulan hilang dari pandangan ketika waktu panggilan solat subuh.

Hati Nabi Ibrahim AS tidak tenteram untuk menyembah bulan, lalu merana dan jiwanya sakit kerana hatinya tidak merasa selesa dan tenteram untuk menyembah objek-objek langit (Al-Kawaakib), kerana Ibrahim AS mahu menyembah Tuhan yang haq.

Oleh kerana Nabi Ibrahim menginginkan dari Tuhannya agar membimbingnya kepada kebenaran setelah jiwanya merana sedang dia mencari kebenaran, Nabi Ibrahim memerhatikan bulan penuh sepanjang malam sehingga fajar.

Maka tatkala bulan itu terbenam dan menghilang dari pandangannya ketika solat suboh, sedang dia masih belum lagi mencapai kebenaran, kerana itu Ibrahim AS berkata :

[6:77] .. "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]



ومن ثم أشرقت الشمس، فنظر إليها نظرة التدبر والتفكر فقال:
{قَالَ هَذَا ربّي هَذَا أَكْبَرُ}، حتى إذا غربت جاءه الهدى بعد مضي 24 ساعة من صلاة المغرب إلى صلاة المغرب؛ يوماً كاملاً، و بعد انقضاء نهار تلك الليلة ومن ثم هدى الله قلبه إلى ربّه الحقّ الذي فطر السماوات والأرض. وقال الله تعالى:
{فَلَمَّا رَ‌أَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا ربّي هَـٰذَا أَكْبَرُ‌ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِ‌يءٌ مِّمَّا تُشْرِ‌كُونَ ﴿
٧٨﴾ إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ‌ السَّمَاوَاتِ وَالأرض حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿٧٩﴾}
صدق الله العظيم [الأنعام]

Kemudian setelah itu matahari terbit, lalu Nabi Ibrahim AS melihat kepadanya dengan pandangan yang penuh perenungan dan pemikiran, kemudian dia berkata:

( Ini adalah tuhanku ianya besar )

Sehinggalah matahari terbenam, maka petunjuk datang kepada Nabi Ibrahim AS setelah berlalu 24 jam dari solat maghrib hingga solat maghrib; selama satu hari penuh.

Dan selepas siang malam itu berlalu, baru kemudian Allah membimbing hati Nabi Ibrahim menuju Tuhannya yang sebenar, yang menciptakan langit dan bumi.

Allah Ta'ala berfirman:

[6:78] Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

[6:79] Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


ونستنبط من ذلك أحكاماً وتسمياتٍ فمن الأحكام أن الله يهدي الباحث عن الحقّ إلى الحقّ. تصديقاً لوعده الحق:
{وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ}
صدق الله العظيم [العنكبوت]

Kami membuat kesimpulan dari yang demikian itu dengan beberapa hukum keputusan, dan termasuk dari keputusan-keputusan itu adalah bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada pencari kebenaran untuk menuju kebenaran.

Pembenaran terhadap janji-Nya yang benar:

29-69: Dan orang yang berjihad untuk Kami (Allah), benar-benar Kami (Allah) akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Allah). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang muhsinin (yang berbuat baik).
Maha Benar Allah
[Al-'Ankabut]


ونستنبط بدء اليوم أنه من المغرب إلى المغرب، كونه استمر في التفكر والتدبر منذ أن جنَّ عليه الليل عند صلاة المغرب إلى أن غربت شمس تلك الليلة بعد انقضاء النّهار، وبما أنه مضت 24 ساعة متواصلة وخليل الله إبراهيم يبحث عن الحقّ ومُصرٌّ بين يدي ربّه وهو لم ينمْ الليل ولا النّهار، ويريد من ربّه أن يهديه إلى الحقّ، ومن ثم هداه الله إلى الحقّ وأن الأحق بالعبادة هو الذي فطر السماوات والأرض والشمس والقمر.

Dan kami menyimpulkan bahawa permulaan hari adalah dari terbenam matahari ke terbenamnya matahari, kerana Nabi Ibrahim AS berterusan bertafakkur dan bertadabbur sejak dia berada di waktu malam ketika waktu solat maghrib sehingga matahari terbenam dan habisnya waktu siang hari itu.

Memandangkan telah berlalu 24 jam yang berterusan sedang Khalilullah Ibrahim AS masih mencari kebenaran dan bertegas di hadapan Tuhannya, hingga dia tidak tidur pada waktu malam dan siang, kerana Ibrahim AS menginginkan dari Tuhannya agar membimbingnya ke jalan kebenaran, lalu Allah membimbingnya kepada kebenaran, kepada Dzat yang lebih berhak untuk disembah, Dzat yang menciptakan langit, bumi, matahari dan bulan.


ولذلك قال نبيّ الله إبراهيم:
{قَالَ بَل ربّكم رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرض الَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا عَلَى ذَلِكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ}
صدق الله العظيم [الأنبياء:56]

Kerana itu Nabi Ibrahim berkata:

21-56: (Ibrahim) berkata: "Sebenarnya Rab (Tuhan) kamu ialah Rab (Tuhan) bagi langit dan bumi, yang menciptakan semuanya itu; dan aku termasuk orang yang mempersaksikan atas yang demikian itu."
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]


وكذلك نستنبط أن اسم النّجوم يطلق على الكواكب المضيئة والكواكب المنيرة. ولذلك قال الله تعالى:
{فَنَظَرَ‌ نَظْرَ‌ةً فِي النّجوم ﴿٨٨﴾ فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ ﴿٨٩﴾}
صدق الله العظيم [الصافات]

Demikian juga kami menyimpulkan bahawa nama An-Nujum ( bintang ) juga dinamakan untuk Al-Kaukab yang bersinar dan yang terang.

Kerana itu Allah Ta' ala berfirman:

37-88: Lalu dia memandang dengan sekali pandang kepada bintang-bintang.

37-89: Kemudian dia berkata: "Sesungguhnya aku sakit."
Maha Benar Allah
[Ash-Shaaffaat]


وما يقصد إبراهيم بقوله
{ إِنِّي سَقِيمٌ } ؟ وإنما يقصد أنه متألمٌ نفسياً، كونه يريد أن يعبد الحقّ وليس الباطل، وتجدون الجواب في محكم الكتاب:

{قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي ربّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ}
صدق الله العظيم [الأنعام:77]

Apakah yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim dengan ucapannya
Sesungguhnya aku sakit? Nabi Ibrahim bermaksud dia merasa jiwanya sakit kerana Nabi Ibrahim mahu menyembah Yang Maha Benar (Al-Haq), bukannya menyembah kebatilan, maka kamu akan dapati jawabannya dari muhkam Kitabullah :

[6:77] Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


ولكن بعد النظرة إلى النّجوم وكيف أفلت لم يقتنع بعبادتها من دون الله، ومن ثم جاءه الهدى واصطفاه الله رسولاً لقومه فحاجوه. وقال الله تعالى:
{فَنَظَرَ‌ نَظْرَ‌ةً فِي النّجوم ﴿٨٨﴾ فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ ﴿٨٩﴾ فَتَوَلَّوْا عَنْهُ مُدْبِرِ‌ينَ ﴿٩٠﴾ فَرَ‌اغَ إِلَىٰ آلِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ ﴿٩١﴾ مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ ﴿٩٢﴾ فَرَ‌اغَ عَلَيْهِمْ ضَرْ‌بًا بِالْيَمِينِ ﴿٩٣﴾ فَأَقْبَلُوا إِلَيْهِ يَزِفُّونَ ﴿٩٤﴾ قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ ﴿٩٥﴾ وَاللَّـهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ ﴿٩٦﴾ قَالُوا ابْنُوا له بُنْيَانًا فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ ﴿٩٧﴾ فَأَرَ‌ادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ ﴿٩٨﴾}
صدق الله العظيم [الصافات]

Namun setelah Nabi Ibrahim melihat bintang-bintang dan bagaimana mereka hilang , Nabi Ibrahim tidak yakin untuk menyembah mereka selain Allah, dan kemudian datanglah petunjuk lalu Ibrahim AS dipilih oleh Allah menjadi utusan-Nya kepada kaumnya yang menentangnya .

Allah Ta'ala berfirman :

37-88: Lalu dia memandang dengan sekali pandang kepada bintang-bintang.

37-89: Kemudian dia berkata: "Sesungguhnya aku sakit."

37-90: Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang.

37-91: Kemudian dia pergi kepada ilah (tuhan-tuhan berhala) mereka, lalu dia berkata: "Apakah kamu tidak makan?”

37-92: “Kenapa kamu tidak menjawab?"

37-93: Maka dihadapinya mereka (tuhan-tuhan berhala) itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya.

37-94: Kemudian kaumnya bergegas datang kepadanya.

37-95: Dia (Ibrahim) berkata: "Apakah kamu pertuhankan sesuatu yang kamu pahat sendiri?”

37-96: “Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu."

37-97: Mereka berkata: "Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar)nya (Ibrahim), lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala."

37-98: Mereka hendak melakukan tipu muslihat kepadanya, maka Kami (Allah) jadikan mereka orang yang hina.

Maha Benar Allah
[Ash-Shaaffaat]



وإنما جاء في هذه الآيات خبرٌ مختصر عن قصة خليل الله إبراهيم كونه سبق تفصيل قصته من قبل، ولذلك جاءت القصة باختصار في هذا الموضع من البداية حين كان باحثاً عن الحقّ حتى هداه الله إلى الحقّ واصطفاه رسولاً لقومه فكذبوه ودمر أصنامهم فألقوه في نار الجحيم ونصره الله وأنجاه من مكرهم، وكل هذه الأخبار المختصرة عن قصة خليل الله إبراهيم في قول الله تعالى:

{فَنَظَرَ‌ نَظْرَ‌ةً فِي النّجوم ﴿
٨٨﴾ فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ ﴿٨٩﴾ فَتَوَلَّوْا عَنْهُ مُدْبِرِ‌ينَ ﴿٩٠﴾ فَرَ‌اغَ إِلَىٰ آلِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ ﴿٩١﴾ مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ ﴿٩٢﴾ فَرَ‌اغَ عَلَيْهِمْ ضَرْ‌بًا بِالْيَمِينِ ﴿٩٣﴾ فَأَقْبَلُوا إِلَيْهِ يَزِفُّونَ ﴿٩٤﴾ قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ ﴿٩٥﴾ وَاللَّـهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ ﴿٩٦﴾ قَالُوا ابْنُوا له بُنْيَانًا فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ ﴿٩٧﴾ فَأَرَ‌ادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ ﴿٩٨﴾}
صدق الله العظيم [الصافات]

Ayat-ayat tersebut terdapat berita ringkas mengenai kisah atau Nabi Allah Ibrahim. kerana perincian kisah itu telah dinyatakan sebelum ini, sebab itu kisah ini menjadi pendek dalam ayat-ayat ini, bermula dari kisah Nabi Ibrahim mencari kebenaran sehingga Allah membimbingnya kepada kebenaran.

Kemudian Allah memilih Ibrahim AS menjadi rasul kepada umatnya lalu mereka tidak percaya padanya, lantas Ibrahim AS memusnahkan berhala-berhala mereka, menyebabkan mereka mencampakkannya ke dalam api, dan Allah membantu Ibrahim AS dan selamatkannya dari tipudaya mereka.

Semuanya ini berita ringkas kisah Nabi Ibrahim AS pada firman Allah Ta'ala:

37-88: Lalu dia memandang dengan sekali pandang kepada bintang-bintang.

37-89: Kemudian dia berkata: "Sesungguhnya aku sakit."

37-90: Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang.

37-91: Kemudian dia pergi kepada ilah (tuhan-tuhan berhala) mereka, lalu dia berkata: "Apakah kamu tidak makan?”

37-92: “Kenapa kamu tidak menjawab?"

37-93: Maka dihadapinya mereka (tuhan-tuhan berhala) itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya.

37-94: Kemudian kaumnya bergegas datang kepadanya.

37-95: Dia (Ibrahim) berkata: "Apakah kamu pertuhankan sesuatu yang kamu pahat sendiri?”

37-96: “Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu."

37-97: Mereka berkata: "Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar)nya (Ibrahim), lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala."

37-98: Mereka hendak melakukan tipu muslihat kepadanya, maka Kami (Allah) jadikan mereka orang yang hina.

Maha Benar Allah
[Ash-Shaaffaat]


فكم أدهشني قول المفسرين أن إبراهيم قال لقومه إني سقيمٌ أي مريضٌ بمرض معديٍّ حتى يهربوا عنه! ويا عجبي من فتواهم!! وما علاقة النّجوم بالمرض لو كنتم صادقين؟ ومن ثم نردّ عليهم بالحقّ ونقول: بل خليل الله إبراهيم توعد قومه أن يكيد لأصنامهم بعد أن يتولَّوا عنه فيذهبوا من المعبد التي نصبوا فيها آلهتهم، ولم يكذب عليهم كما تزعمون أنه كذب عليهم أنه مريض بمرض معديٍّ ليهرب منه قومه؛ بل أعلن الحرب على آلهتهم بين أيديهم، ولكن قومه خوّفوه من بطش آلهتهم به لو يمسسها بسوءٍ. ولذلك قال الله تعالى:
{وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ}
صدق الله العظيم [الأنعام:80]

Dan saya terpaku oleh perkataan ulama-ulama yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim telah berkata pada umatnya ; saya mendapat penyakit berjangkit untuk membuat mereka menjauhkan diri mereka dari Nabi Ibrahim! Fatwa yang amat pelik
!!

Apakah hubungkait antara bintang-bintang dan penyakit jika kamu benar? Kemudian kami membalas kepada mereka dengan kebenaran dan berkata : Nabi Ibrahim berjanji dengan kaumnya untuk menghancurkan berhala-berhala mereka setelah mereka tinggalkan dia di dalam kuil yang mana terdapatnya berhala-berhala mereka.

Nabi Ibrahim tidak berbohong dengan mereka sebagaimana kamu katakan itu, yang Nabi Ibrahim memberitahu mereka dia sakit penyakit berjangkit untuk membuatkan kaumnya lari jauh darinya ; bahkan Nabi Ibrahim umumkan peperangan ke atas tuhan-tuhan dihadapan mereka.

Namun umatnya cuba untuk menakutkannya dengan hukuman tuhan mereka ke atas Nabi Ibrahim jika menyentuh berhala itu atau melakukan sesuatu yang buruk ke atas mereka.

Kerana itu Allah Ta'ala berfirman:

[6:80] Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut apa yang kamu sekutukan dengan Allah,
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


إذاً إبراهيم عليه الصلاة والسلام توعد قومه أن يكيد لأصنامهم جهاراً نهاراً بعد أن يولَّوا مدبرين عنها من المعبد، ولكنهم تحدّوه ببطش آلتهم، ولذلك قال خليل الله إبراهيم
{وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ}
صدق الله العظيم .

Oleh kerana itu Nabi Allah Ibrahim, salam dan rahmat ke atasnya, berjanji untuk menghancurkan berhala-hala mereka dalam waktu siang setelah mereka berada jauh dari kuil, tetapi kaumnya mencabarnya dengan hukuman tuhan mereka, kerana itu Nabi Ibrahim berkata:

{..Dan aku pula tidak takut apa yang kamu sekutukan dengan Allah ..}
Maha Benar Allah

...


بسم الله الرحمن الرحيم..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang..



سلام الله عليكم أحبتي في الله، إني أراكم فسَّرتم ضحك زوجة نبيّ الله إبراهيم أنه بسبب التعجب من قول الملائكة بالبشرى بالذريّة، ولكن يا أحبتي في الله إن كنّا وجدنا أن الضحك قبل البشرى بالذريّة فصدقَ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني في بيانه عن سبب الضحك ولم تصيبوا البيان الحقّ عن سبب الضحك، وإن وجدنا أن الضحك حدث من بعد البشرى فالحقّ معكم، وإلى الحكم من محكم كتاب الله. قال الله تعالى:

{وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ ﴿
٦٩﴾فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ ﴿٧٠﴾وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِن وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ ﴿٧١﴾}
صدق الله العظيم [هود]

Salam ke atas kalian kekasihku di jalan Allah, saya melihat kamu menerangkan tertawanya isteri Nabi Ibrahim AS disebabkan oleh rasa takjub dari ucapan malaikat yang membawa berita gembira mengenai keturunan/zuriat.

Wahai kekasihku dijalan Allah, jika sekiranya kita temukan tawanya isteri Nabi Ibrahim AS itu terjadi sebelum berita gembira mengenai zuriatnya, maka benarlah Imam Mahdi Naser Muhammad al-Yameni dalam penjelasannya mengenai sebab ketawaan itu, dan kalian tidak menjelaskan dengan benar mengenai penyebab dia ketawa.

Dan jika sekiranya kita dapati dia ketawa selepas menerima berita gembira, maka kebenaran ada pada kalian, jadi, mari kita lihat keputusannya dari muhkam Al-Quran.

Allah Ta'ala berfirman:


11-70: Apabila dia (Ibrahim) melihat tangan mereka tidak menjamahnya (daging panggang itu), dia (Ibrahim) kehairanan (memandang) kepada mereka, dan dia (Ibrahim) berasa takut kepada mereka. Mereka berkata: “Jangan takut. Sesungguhnya kami diutus kepada kaum Lut.”

11-71: Dan isterinya (isteri Ibrahim) sedang berdiri, lalu dia ketawa. Maka Kami (Allah) sampaikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) tentang (kelahiran) Ishaq (anak Ibrahim) dan di belakang Ishaq (kelak) ialah Ya'qub (anak Ishaq).

Maha Benar Allah
[Hud]


وإلى الحكم مرّة أخرى. قال الله تعالى:

{فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ ﴿
٧٠﴾وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِن وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ ﴿٧١﴾}
صدق الله العظيم [هود]

Mari perhatikan sekali lagi keputusan yang benar.

Allah Ta'ala berfirman:


11-70: Apabila dia (Ibrahim) melihat tangan mereka tidak menjamahnya (daging panggang itu), dia (Ibrahim) kehairanan (memandang) kepada mereka, dan dia (Ibrahim) berasa takut kepada mereka. Mereka berkata: “Jangan takut. Sesungguhnya kami diutus kepada kaum Lut.”

11-71: Dan isterinya (isteri Ibrahim) sedang berdiri, lalu dia ketawa. Maka Kami (Allah) sampaikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) tentang (kelahiran) Ishaq (anak Ibrahim) dan di belakang Ishaq (kelak) ialah Ya'qub (anak Ishaq)

Maha Benar Allah
[Hud]


إذاً البشرى بالذريّة لها لم يأتِ إلا من بعد الضحك. تصديقاً لقول الله تعالى:

{وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ ﴿
٦٩﴾فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ ﴿٧٠﴾وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِن وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ ﴿٧١﴾}
صدق الله العظيم [هود]

Jika demikian, berita gembira untuk isteri Nabi Ibrahim AS itu tidak datang melainkan selepas dia ketawa.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

11-69: Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan (para malaikat) Kami (Allah) kepada Ibrahim membawa berita gembira, mereka berkata: “Salam!” Dia (Ibrahim) menjawab: “Salam!” Belum lama (utusan-utusan itu sampai) dia (Ibrahim) menghidangkan daging anak lembu yang dipanggang.

11-70: Apabila dia (Ibrahim) melihat tangan mereka tidak menjamahnya (daging panggang itu), dia (Ibrahim) kehairanan (memandang) kepada mereka, dan dia (Ibrahim) berasa takut kepada mereka. Mereka berkata: “Jangan takut. Sesungguhnya kami diutus kepada kaum Lut.”

11-71: Dan isterinya (isteri Ibrahim) sedang berdiri, (tiba-tiba sesuatu berlaku pada dirinya), lalu dia ketawa. Maka Kami (Allah) sampaikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) tentang (kelahiran) Ishaq (anak Ibrahim) dan di belakang Ishaq (kelak) ialah Ya'qub (anak Ishaq).
Maha Benar Allah

[Hud]


إذاً الضحك هو حدث من قبل أن يبشِّروها بالذريّة أحبتي في الله، وتبيّن لكم إنّ سبب ضحكِها أنّه حقاً كان بسبب موقفِ الرّوعِ الذي حدث لزوجها إبراهيم عليهم الصلاة والسلام كما سبق وأن فصّلنا في بيانٍ قبل هذا عن سببِ ضحكِ زوجة نبيّ الله إبراهيم. وما يلي البيان الذي كتبناه بعنوان:

Jika demikian, ketawaan itu berlaku sebelum malaikat menyampaikan berita mengenai zuriat keturunan kepadanya wahai kekasihku di jalan Allah.

Jadi jelaslah kepada kalian bahawa yang menyebabkan isterinya ketawa adalah benar-benar kerana keadaan takut yang dialami oleh suaminya, Ibrahim AS, sebagaimana yang pernah kami jelaskan dalam keterangan sebelum ini, mengenai penyebab ketawanya isteri Nabi Allah Ibrahim.

Berikut ini adalah keterangan tersebut yang kami tulis dengan kebenaran bertajuk:


إنّ الموقف الذي حدث لنبيّ الله إبراهيم مع ضيفه الذين لا يأكلون شبيهٌ بمواقف الكاميرا الخفيّة
وذلك ما أضحك زوجة إبراهيم عليهم الصلاة والسلام..

Sesungguhnya keadaan yang berlaku kepada Nabi Ibrahim AS dengan tetamunya yang tidak makan, seakan sama dengan keadaan kamera yang disembunyikan, itulah yang membuatkan isteri Nabi Ibrahim ketawa..
-sholawat dan salam ke atas mereka-



بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله وآلهم الطيبين وجميع المسلمين التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين، أمّا بعد..

Dengan nama Allah Maha Pengasih, selawat dan salam ke atas semua nabi Allah dan rasul-Nya, juga ke atas keluarga mereka yang suci dan semua orang yang mengikuti mereka dengan ihsan hingga Hari Penghakiman, selanjutnya..


سلام الله عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي في الله الباحثين عن الحقّ وأحبتي الأنصار المكرمين، إني أراكم تتجادلون عن السبب لضحك زوجة إبراهيم عليهم الصلاة والسلام وآلهم المكرمين، ومن ثمّ نفتيكم عن سبب ضحكها عليها الصلاة والسلام، ألا وإنّ سبب ضحكها هو من الموقف الذي حدث لزوجها إبراهيم عليهم الصلاة والسلام لكونه ناله الفزع من ضيفه الذين لا يأكلون، وخافت بادئ الأمر على زوجِها ونفسِها من ضيفه الذين لم يأكلوا وكأنهم نَوَوا الشرّ، حتى إذا تبيّن لها ولزوجها أنهم ضيفٌ مكرمون لا يأكلون الطعام فذهب عنها الرّوع وعن زوجها ومن ثم ضحكت من الموقف الذي حدث لزوجها مع ضيفه المكرمين.

Salam Allah ke atas kalian beserta rahmat-Nya dan keberkahan-Nya wahai kekasihku para anshar yang dimuliakan.

Saya memerhatikan kalian berdebat mengenai penyebab tawanya isteri Nabi Ibrahim AS, oleh itu kami fatwakan mengenai sebab isteri Nabi Ibrahim ketawa.

Ketahuilah, sesungguhnya yang menyebabkan tawanya isteri Nabi Ibrahim adalah disebabkan oleh keadaan yang telah berlaku kepada suaminya Ibrahim AS, kerana Ibrahim merasa takut dan gugup sebab tetamunya tidak mahu makan.

Pada awalnya si isteri merasa khuatir terhadap suaminya dan dirinya, kerana tetamu mereka tidak mahu makan, seakan-akan tetamu mereka itu berniat buruk.

Sehinggalah segalanya jelas bagi dirinya dan suaminya bahawa tetamu mereka adalah tetamu terhormat (malaikat) yang tidak makan makanan.

Maka hilanglah rasa takutnya dan suaminya, lalu isteri Nabi Ibrahim AS ketawa kerana keadaan yang berlaku pada suaminya bersama tetamu mereka malaikat yang terhormat itu.



وهذا من طبع البشر أي الضحك في بعض المواقف كمثل أن يفزع أحدكم من شيء ولم يُحدث له مكروه فتجد من حوله يضحكون من الموقف الذي حدث له، وعلى سبيل المثال أحداث الكاميرا الخفيّة فتجدون أنفسكم تضحكون من ذلك الذي حدث له موقفٌ أفزعه برغم أنه موقفُ الكاميرا الخفيّة وليس حقيقة ولم يحدث له مكروه، ولكن الذي حدث له الموقف كان يتصور الأمر حقيقة. وكذلك الموقف الذي حدث لخليل الله إبراهيم فما أشبهه بمواقف الكاميرا الخفيّة برغم أن ضيوفه لم يعدّوا له موقفَ الكاميرا الخفيّة، ولكن إبراهيم عليه الصلاة والسلام لم يسأل ضيوفه من أي البلاد ومن أي قبيلةٍ كونه يريد أن يكرمهم لوجه الله لا لكونهم من قبيلة آل فلان، ولم يكُن يعلم الضيفُ أنّه ذبح لهم عجلاً كونهم لم يخرجوا من مضافهم الذي أنزلهم فيه خليل الله إبراهيم وذلك من أدب الضيافة، فلزموا أماكنهم في مضافهم الذي أنزلهم فيه خليل الله إبراهيم عليه وعليهم الصلاة، ومكثوا منتظرين في أماكنهم لم يغادروها قدر ساعات من الوقت، وذلك من آداب الضيف أن يمكث في مكانه فلا يخرج إلا لقضاء الحاجة بإذن المضيف، وذلك حتى لا يطَّلع على عورات نساء المُضيف الذي أكرمه بالضيافة خصوصاً في منازل بدو البوادي، ولذلك مكثوا في أماكنهم ولم يخرجوا بحثاً عن إبراهيم حين تأخر عليهم صلّى الله عليه وعليهم وآل إبراهيم المكرمين وجميع المسلمين، حتى دخل عليهم إبراهيم وزوجته - عليهم الصلاة والسلام - بعجلٍ حنيذٍ وقد استغرق وقتاً في ذبحه وسلخه وطبخه حنيذاً، حتى إذا تفاجأوا بأن إبراهيم قد أحضر لهم عجلاً حنيذاً فوضعه بين أيديهم وقال لهم: تفضلوا وسمُّوا بالله وكلوا منه حلالاً طيباً. وقال الله تعالى:

{فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ ﴿
٧٠﴾وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِن وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ ﴿٧١﴾}
صدق الله العظيم [هود]

Ini termasuk kebiasaan manusia, yakni ketawa dalam sebahagian keadaan, seperti seseorang yang merasa aneh dan takut pada sesuatu, padahal sesuatu itu tidak mencederakannya, maka kamu akan dapati orang yang berada di sekelilingnya akan mentertawakan keadaan yang berlaku padanya.

Contohnya seperti rancangan kamera tersembunyi, kalian akan ketawa sendiri kerana keadaan yang berlaku pada seseorang yang mana keadaan itu menakutkan padanya, meskipun itu adalah keadaan kamera tersembunyi yang sebenarnya tidak mendatangkan sesuatu apapun yang membahayakannya, namun bagi orang yang mengalami keadaan itu, dia membayangkan dalam dirinya perkara itu benar.

Begitulah keadaan yang telah berlaku pada Nabi Allah Ibrahim As, seperti keadaan kamera tersembunyi, sungguhpun tetamunya itu tidak menyediakan keadaan kamera tersembunyi.

Namun begitu Nabi Ibrahim AS tidak menanyakan pada tetamunya dari mana mereka datang dan dari kaum mana, kerana Ibrahim AS mahu bermurah hati kepada mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana mereka datang dari kaum yang tertentu.

Sedangkan tetamu mereka pula tidak mengetahui yang Nabi Ibrahim AS telah menyembelih seekor anak lembu untuk mereka, kerana mereka tidak keluar dari tempat Nabi Ibrahim mendudukkan mereka, inilah adab menjadi tetamu, mereka tetap berada di tempat tetamu yang telah ditempatkan oleh Nabi Ibrahim AS.

Begitulah antara adab menjadi tetamu, untuk tetap menunggu dan tidak meninggalkan tempat itu
walaupun hanya sebentar sahaja, kecuali untuk menunaikan hajat dengan izin dari tuan rumah.

Demikian ini supaya tetamu tidak melihat aurat wanita tuan rumah yang melayani mereka dengan hormat, terutamanya rumah orang arab Badwi di gurun padang pasir.

Kerana itu tetamu Ibrahim tetap di tempat mereka dan tidak keluar untuk mencari Ibrahim, tatkala dia mengambil masa yang lama untuk kembali menemui mereka, sehinggalah Nabi Ibrahim masuk bersama isterinya dengan anak lembu panggang, yang mengambil masa agak lama untuk disembelih dan dipanggang.

Sampaikan mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim AS membawakan kepada mereka anak lembu panggang lalu meletakkannya di depan mereka, dan berkata kepada mereka:

"Silakanlah, dengan menyebut nama Allah, makanlah makanan ini yang halal lagi baik"

Firman Allah Ta'ala:


11-70: Apabila dia (Ibrahim) melihat tangan mereka tidak menjamahnya (daging panggang itu), dia (Ibrahim) kehairanan (memandang) kepada mereka, dan dia (Ibrahim) berasa takut kepada mereka. Mereka berkata: “Jangan takut. Sesungguhnya kami diutus kepada kaum Lut.”

11-71: Dan isterinya (isteri Ibrahim) sedang berdiri , lalu dia ketawa. Maka Kami (Allah) sampaikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) tentang (kelahiran) Ishaq (anak Ibrahim) dan di belakang Ishaq (kelak) ialah Ya'qub (anak Ishaq)

Maha Benar Allah
[Hud]


وإنما ضحكت من الموقف بعد أن ذهب الرَّوع عن زوجها وليس بضحك القهقهة بل تبسمت ضاحكةً من زوجها، ولم تكن متبرِّجةً زوجةَ نبيّ الله إبراهيم بل أقبلت في صرة تحمل مع نبيّ الله إبراهيم العجل في إناءٍ واسعٍ، والصَّرّة هو الثوب الذي يصرّ الرؤية عن جسدها، وأما وجهها فكانت كاشفةً وجهها، وحين سمعت البشرى من الملائكة إلى خليل الله إبراهيم بالذريّة استحيت فوضعت يديها على وجهها من الحياء فقالت:
{قَالَتْ يَا وَيْلَتَىٰ أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ وَهَـٰذَا بَعْلِي شَيْخًا إِنَّ هَـٰذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ ﴿٧٢﴾قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ رَحْمَتُ اللَّـهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ ﴿٧٣﴾}
صدق الله العظيم [هود]

Sesungguhnya isteri Nabi Ibrahim ketawa oleh keadaan setelah hilangnya ketakutan dan kekhuatiran terhadap suaminya, dan dia tidaklah ketawa dengan kuat, namun hanya sekadar senyum tertawa kerana suaminya.

Isteri Nabi Ibrahim AS tidaklah menampakkan perhiasannya, dia datang dengan berhijab yang menutupi pandangan tubuhnya sedang mukanya tidak ditutup, datang bersama suaminya sambil membawa daging panggang dalam bekas yang lebar.

Ketika dia mendengar berita gembira dari malaikat yang memberitahukan kepada Ibrahim AS bahawa mereka akan dikurniakan anak, dia merasa amat malu lalu menutupi mukanya dengan tangan kerana malu dan berkata:


Isterinya berkata: “Anehnya, apakah aku yang sudah tua ini akan melahirkan anak, tambahan (pula) suamiku ini (juga) sudah tua? Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang mengherankan.” (72)

Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? [Itu adalah] rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kalian hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah." (73)
Maha Benar Allah
[Hud]


وذلك هو البيان لبعض ما جاء في قول الله تعالى:

{وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ ﴿
٦٩﴾فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ ﴿٧٠﴾وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِن وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ ﴿٧١﴾}
صدق الله العظيم [هود]

Itulah bayan keterangan bagi sebahagian dari firman Allah Ta'ala:

11-69: Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan (para malaikat) Kami (Allah) kepada Ibrahim membawa berita gembira, mereka berkata: “Salam!” Dia (Ibrahim) menjawab: “Salam!” Belum lama (utusan-utusan itu sampai) dia (Ibrahim) menghidangkan daging anak lembu yang dipanggang.

11-70: Apabila dia (Ibrahim) melihat tangan mereka tidak menjamahnya (daging panggang itu), dia (Ibrahim) kehairanan (memandang) kepada mereka, dan dia (Ibrahim) berasa takut kepada mereka. Mereka berkata: “Jangan takut. Sesungguhnya kami diutus kepada kaum Lut.”

11-71: Dan isterinya (isteri Ibrahim) sedang berdiri, lalu dia ketawa. Maka Kami (Allah) sampaikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) tentang (kelahiran) Ishaq (anak Ibrahim) dan di belakang Ishaq (kelak) ialah Ya'qub (anak Ishaq).
Maha Benar Allah

[Hud]


وربّما يودّ أحد الذين جادلوا الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني من الذين أفتوا بتبرج وجّه المرأة أن يقول: "الآن نطقت بالحقّ في تبرج وجّه المرأة ألم نقل لك يا ناصر محمد إنّ كشف الوجه والأقدام ليس للمحارم فقط بل كذلك للأجانب؟". ومن ثمّ يقيم عليهم الحجّة بالحقّ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول:

Mungkin seseorang dari kalangan penentang Imam Nasser Muhammad Al-Yameni, yaitu dari kalangan orang-orang yang membenarkan wanita untuk tidak menutup wajahnya, mahu berkata:

"Sekarang kamu mengatakan kebenaran berkaitan bolehnya wanita untuk tidak menutup wajah mereka, bukankah kami telah katakan padamu wahai Nasser Muhammad, bahawa membuka wajah dan kaki tidaklah hanya dibenarkan untuk mahram tetapi juga untuk orang asing
?"

Oleh itu Imam Mahdi Nasser Muhammad al-Yameni menegakkan hujjah terhadap mereka dengan kebenaran, aku katakan:


لقد أذن الله للمرأة القاعد من الحيض أن تضع جلبابها فتكتفي بالثوب الذي يغطي عورة جسدها إلا وجهها وكفيها وقدميها فأحلّ الله لها أن تكشفهم أمام الأجانب بشرط أن لا تكون متبرِّجة بزينة كالبودرة والكحل وما شابهها مما تتزين به المرأة، أو من لبس الحليّ.

Sesungguhnya Allah mengizinkan wanita yang telah berhenti kedatangan haid -menopause-, untuk memakai jilbabnya dengan pakaian yang mencukupi baginya buat menutupi aurat tubuhnya sahaja selain muka, telapak tangan dan kaki.

Allah menghalalkan baginya untuk tidak menutup semuanya itu kepada orang asing dengan syarat, mereka tidak memakai sebarang alat solek seperti bedak, celak atau sebarang alat solek yang menyerupainya, yang biasa digunakan oleh wanita untuk menghias dirinya, tidak juga memakai sebarang perhiasan.



تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَ الْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللاتِي لا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ}
صدق الله العظيم [النور:60]

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

24-60: Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tidak ingin berkahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasannya

Maha Benar Allah
[An-Nur]


وكذلك الضحك يأتي في المواقف التي فيها الفزع على الآخرين بعد العلم أنه لن يصيب الذي فزع مكروه، مثال موقف النّمل الذي فزع من سليمان وجنوده أن يحطمنّهم بأرجلهم وخيولهم وهم لا يشعرون، ولذلك أمرت ملكة النّمل جيوشها بالهرب إلى جحورهم تحت الأرض حتى لا يحطِّمنَّهم سليمان وجنوده وهم لا يشعرون عليهم الصلاة والسلام من صلح منهم. وقال الله تعالى:
{حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أيّها النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ﴿١٨﴾فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا﴿١٩﴾}

صدق الله العظيم [النمل]

Demikianlah ketawa itu datang dari keadaan dan situasi yang padanya ada perasaan gugup atau takut terhadap perkara lain, setelah mengetahui perkara itu tidak mencederakan dan tidak membahayakan.

Sebagai contoh, keadaan semut yang terkejut gugup kerana takut dipijak oleh Sulaiman AS beserta bala tenteranya dengan kuda-kuda mereka yang tidak menyedari akan kehadiran semut.

Sebab itu permaisuri semut mengarahkan tenteranya untuk melarikan diri ke dalam lubang mereka dalam tanah supaya tidak diinjak oleh Nabi Sulaiman beserta bala tenteranya sedang mereka tidak menyedarinya.

Allah Ta'ala berfirman:


27-18: Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”

27-19: Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu.
Maha Benar Allah

[An-Naml]


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudaramu Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani.

___



ويا معشر المفسرين من أصحاب كتب التّفسير لكلام الله، لماذا تقولون على الله ما لا تعلمون أنه الحقّ لا شك ولا ريب أفلا تتقون؟ وأما معشر الباحثين فلهم الحقّ أن يبحثوا ويتفكروا في كلام الله في آياته البينات ويتوقعوا بيانها وما يقصده الله من كلامه، وأهم شيء أن لا يفتوا بها من قبل أن يجدوا البرهان المبين لبيانها المفصل في الكتاب، ولا خوف عليكم أحبتي الأنصار السابقين الأخيار فمن وراءكم إمامٌ مصطفى لكم من ربّ العالمين يأتيكم بالبيان الحقّ وأحسن تفسيراً، غير أني أحذركم أن لا تأخذ أحدكم العزة بالإثم بعدما تبين له الحقّ فيصر على ماتوصل إليه بفكره بغير سلطانٍ من الرحمن في محكم القرآن؛ بل أطيعوا واتبعوا الحقّ وما بعد الحقّ إلا الضلال.


Wahai sekalian orang-orang yang menafsirkan firman Allah, mengapa kalian mengatakan terhadap Allah pada perkara yang kalian tidak tahu ianya benar tanpa syak dan ragu lagi, tidakkah kalian semua takut pada Allah
?

Adapun sekalian pencari kebenaran, mereka berhak untuk membaca dan memikirkan firman Allah pada ayat-ayat-Nya yang jelas, dan mempertimbangkan bayan penjelasannya serta apa yang Allah maksudkan dari firman-Nya.

Perkara yang paling penting ialah, hendaklah mereka itu tidak memberikan fatwa mengenai ayat-ayat Allah sebelum mereka menemukan bukti yang jelas terperinci dalam Kitabullah.

Maka tidak ada ketakutan pada kalian kekasihku para anshar pendahulu yang baik, kerana di belakang kalian ada Imam yang terpilih untuk kalian dari Tuhan Seluruh Alam Semesta, yang mendatangkan kepada kalian Al-Bayan Al-Haqq –keterangan yang benar- dan penjelasan yang terbaik.

Hanya sahaja saya memberi amaran kepada kalian, janganlah ada seseorang dari kalian yang bangkit kesombongan pada dirinya dan merasa bangga setelah jelas kebenaran baginya, hingga dia bertegas pada perkara yang telah didapatkannya dengan pemikirannya sendiri, tanpa sebarang bukti dari Tuhan Yang Maha Pemurah dalam muhkam Al-Qur'an; namun taat patuhlah kalian dan ikutilah kebenaran, kerana tiada lagi sesudah kebenaran melainkan perkara yang memperdayakan.



الامام ناصر محمد اليماني..

Imam Nasser Muhammad al-Yameni

___

sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=4523